Sunday, August 15, 2010

Ramadhan and Me~

Lima hari dalam bulan Ramadhan berlalu.Adakah kita memanfaatkan masa dengan betul atau kita sia2kan sahaja dengan amal dhoif? Alhamdulillah, ramadhan bertandang lagi buat kita semua. Ramadhan berikutnya, InsyaAllah, jika diizinkannya. Teringat pada arwah Jannah Sani. Rakan sekolah yang sama2 bakal 'fly'. Namun, Allah lebih sayangkan dia. Apa yang terjadi pada dia membuatkan hati2 di sekelilingnya berfikir dan bermuhasabah. Setinggi mana pun cita2 kita, serapi mana pun persiapan kita, Allah yang menentukan setiap saat hidup kita.Teringat juga pada arwah guru a.k.a 'aunty' yang 'caring' sangat, Ummi Halimaton. Mereka semua pergi tanpa mengetahui ramadhan tak akan bertandang lagi buat mereka. Justeru, wahai hati-hati yang bertaqwa, hargailah setiap saat ramadhan yang dilalui. Mungkin ungkapan 'Ramadhan terakhir buat kita' kedengaran clich'e , namun hati-hati yang terang dengan nurNya pasti dapat merasai ungkapan ini dengan penuh keinsafan dan keazaman untuk melalui Ramadhan dengan penuh keimanan.

Melangkah sahaja ke bulan ramadhan, hati ini rasa bagai ' big stone lifted away'. Erm, satu ujian telah pergi a.k.a ujian godaan syaitan. Namun awas!, ujian nafsu tetap melingkari. Saat Ramadhan inilah saat yang paling ditunggu2 semua. Bulan business yang paling menguntungkan!
Namun, ada juga yang sudah mengira hari untuk pakai baju raya dan makan kuih raya. Ish3...
Seperti tahun2 sebelum, target 30 juz al-qur'an tersemat dalam minda. Setiap hari update 'with siblings' walaupon jauh, konon berlumba siapa yang juara. Tapi, timbul satu perasaan pada hati, malunya pada Allah, kita berlumba 'time' Ramadhan sahaja. Biasa2 sehari semuka pon susah~(konon banyak assignment nk siapkan/'upcoming test' kena 'study'.....etc).

Bulan Ramadhan ini juga, target untuk solat awal dan solat tarawikh kt surau berkobar2. Erk....tapi tewas juga sehari. (Alasan balik lambat terus diberi....ouh,dah rugi sehari ).
Di pusat Islam INTEC, 'sharp' pukul satu, dah penuh surau. Semua baca Al-Qur'an. Bestnyer kalau setahun penuh bulan Ramadhan. Paling best, ada iftar -makan dalam talam~teringat MATRI. Alhamdulillah dapat merasa makan dalam talam ramai2, kt INTEC! (susahnya nk rasa bi'ah mcm kt MATRI....(erk...teringat kata2 tok, sapa suruh masuk situ, dapat UIA x nak).Tapi bagiku, kemampuan dan potensi yang ada nie patut dimaksimakan agar Islam dapat menjadi yang paling tinggi dan agung.'Islam bukan kt UIA je tok', jawabku penuh bermakna.

p/s: the tunggang langgang BM is much apologize~

2 comments:

  1. ihya ramadan :)

    http://www.facebook.com/video/video.php?v=1390342439840&ref=mf

    jwb tests dkat bulan nih ad berkat (bulan ramadan di Ausmat dipenuhi dgn tests)

    http://musafirdibumisonata.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam,mohon maaf dan silap sekiranya ada tersilap bahasa dan sastera sepanjang perkenalan kte,straight to the point, jaga diri kat australia, ingat Allah, blajar baek2,ikhlaskn diri dlm ibadat,ingat pesan ibubapa dan jadilah teladan untuk umat Islam, an nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan hari raya, jika ditakdirkan kte akan berjumpa

    ReplyDelete