Saturday, December 25, 2010

turn to HIM

once fall, we turn to HIM..that is how gross we are. when we get the whole wide world, we never care who give us all the marvelous and fantastic worldly fun, happiness and contentment.

Sunday, December 5, 2010

i wish i can CAST this:

OBLIVIATE!!!!!!!

Thursday, December 2, 2010

tO Ones who understand ME

Knowing one at their worst so we can learn to accept each other at best
Knowing one at their best so they can inspire us and making us a better human being
improving and learning
To know is to have faith 
To give trust
To believe
To fill empty soul
with loves
To understand 
and see beyond what lies upon the naked eyes 
Friendship is not about 
being together
it is about seeing 
the same thing TOGETHER~



Sunday, November 14, 2010

Mood Swing~~~~

I was staring at a girl, a friend of mine. Why she act weird these days? When i started talking to her, she look so annoyed, seem like dont want to be disturb.and she started easily getting angry for small little thingy. Then, she said, after a few days to me, "Sori dude, i had PMS, bad one". i was blur~ (fictional story from a GUY point of view )

Lols, things turn upside down when i try to practice the PMS thingy.

ME: mom, i feel like i wanna eat everyone in this house
MOM: why, is the food not enough for u? 

another situation which i dont really remember well..

MOM: dont sulk for such tiny things~
ME: I feel like crying....*cry*

Then i stumble upon an article about PMS.From that day onwards, i feel like i had an explanation for what happen to my mood.Then, I said to mom," Mum, sorry if i uncontrollably become mad or do stupid things which u annoyed so much.I feel annoyed too.but, i cannot control cause it was PMS."
MOM: * org Islam xde nyer pakai teori barat tuh, iman je yg control tindakan kita*  

something like this lah~haha....true blue

(haha....why i write these things for the very 1st place~)


Thursday, October 21, 2010

Only PURE hearts can touch others~

Bismillah..
Updates:
1. 10 days before SACE
2. madly crazily obsess with Open Your Eyes song by Maher Zain

jUst Some ThouGhts >>>>>>>

i was thinking why i am so crazy with the MZ songs.Why? i listened to Sami Yusuf, Dawud WhansbyYusuf Islam, Zain Bikha, etc but i never/rarely have this strong feeling  (feeling more closer to Allah, feeling of renewal..). Yup, Al- mu'alim by Sami Yusuf made us love Rasulullah even more, People in the Boxes by Dawud Whansby Ali do open a new perspective of live, You are never alone by Zain Bikha is the best ever coz of it DEEP meaning but but but....Maher Zain's Open Your Eyes, Insya Allah, Ya Nabi Salam 'Alaik, Always Be There songs ( and more) are super touching and super assuring and super COOL~ no, i dont think because of his sweet voice or what..Coz Sami Yusuf voice is even more 'cair'  err, 'sedap'~

But , as I discovered his journey from a famous non-islamic composer to an Islamic singer, the story beyond it does tell everything~ His songs reflects his heart, his pure objectiv which is to spread the words of Allah, InsyaAllah, Subhanallah, Allahuakbar to every home (Maher Zain, 15 October 2010)...make it be played in every home!!!

Conclusion: The words are simple, cliché ..but only pure hearts can touch other hearts. 

"Kawan yang paling baik adalah apabila kita melihatnya(atau teringatkannya) dia mengingatkan kita pada Allah dan menyentuh hati kita" (miss my friend....)

Friday, September 24, 2010

p/s: this one hit my inbox today...CREDIT to the writer~

KE ARAH MENDIRIKAN RUMAHTANGGA MUSLIM

Muqaddimah

Individu dan keluarga Islam adalah asas yang penting untuk mela hirkan masyarakat Islam. Oleh itu amat perlu kita fahami secara umum berhubung rumahtangga muslim sepertimana yang diterangkan dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Terdapat kewajipan-kewajipan yang penting dalam rangka mendirikan rumahtangga muslim.

Sepertimana wajib menyediakan individu muslim yang berakhlak dan memiliki contoh yang baik, maka membentuk rumahtangga muslim juga adalah wajib.

Rumahtangga muslim akan memberikan persediaan-persediaan awal (persediaan-persediaan Islam) kepada anak-anak. Pembentukan syakhsiyah yang baik bermula dalam rumahtangga. Anak-anak sentia sa berkesan dalam lingkungan rumahtangga.

Hadits Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bermaksud:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibubapanyalah yang menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi.”

InsyaAllah jika anak-anak dididik dengan didikan Islam maka lahirlah anak-anak yang soleh yang akan memberikan khidmat kepada Islam.

Rumahtangga Islam tegak di atas aqidah Islam dan taqwa. Kesucian hukum-hukum mengenai rumahtangga Islam berdiri atas kesucian aqidah dan taqwa. Kehidupan rumahtangga Islam dikira sebagai ibadah dan ‘ubudiyah kepada Allah Subhanahuwata’ala. Semuanya terbit daripada ‘aqidah Islam. Hendaklah setiap saudara dan saudari muslim meman dang perkahwinan itu sebagai ibadah untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahuwata’ala. Perkahwinan adalah amanah Allah Subhanahuwata’ala yang mesti mengikut peraturan-peraturan-Nya. Kewajipan isteri, suami dan ibu bapa semuanya adalah amanah Allah Subhanahuwata’ala. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ada bersabda yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap jagaannya.”

Wajiblah kita putarkan haluan kerja-kerja di dunia ini untuk menghampirkan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala. Makan, minum, riadhah, mencari nafkah, perkahwinan dan seumpamanya adalah untuk Allah Subhanahuwata’ala

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sangat mengambil berat tentang perkahwinan. Bagi pemuda atau pemudi yang ada keinginan dan kemampuan, maka hendaklah mereka berkahwin. Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Mereka yang sengaja tidak mahu mengambil sunnahnya maka Rasulullah bersabda yang bermasud:

“Demi Allah, sesungguhnya aku lebih takut kepada Allah dan ber taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan tidur, dan aku berkahwin dengan perempuan. Sesiapa yang membelakangkan sunnahku, mereka bukan daripada umatku.”

Perkara-perkara penting

Perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian ke arah mendirikan rumahtangga muslim yang mulia adalah:

1. Pemilihan (Al Ikhtiar)

Yakni memilih bakal isteri atau suami. Demi melahirkan rumahtang ga Islam maka sejak hari pertama lagi saudara-saudara muslim perlu memilih Azzaujah Assolehah/ Azzauj Assoleh. Isteri/Suami yang mempunyai din dan memahami risalah Islam dalam kehidupan.

Isteri yang soleh adalah pembantu suami di jalan da’wah Islam. Isteri yang soleh dapat memperingatkan suami jika berlaku keal paan (kelalaian). Isteri yang soleh memberikan peransang kepada suami untuk bermujahadah tanpa menghalangnya (begitu juga bagi suami yang soleh – pemimpin rumahtangga). Isteri yang soleh menjaga diri ketika ketiadaan suami di rumah walaupun lama pen­inggalannya. Isteri yang soleh membesarkan anak-anak dengan didikan Islam. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah memberikan isyarat:

“Perempuan-perempuan itu dikahwini kerana empat perkara - kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana dinnya. Tetapi hendaklah kamu utamakan dinnya.”

Hendaklah saudara-saudara mengutamakan yang mempunyai din. Ulama’ telah menjelaskan bahawa sesiapa yang tidak mengambil berat tentang din maka akan rugilah di dunia dan akhirat. Dinlah yang akan menyelamatkan manusia. Bukanlah bermakna Islam mengenepikan langsung kecantikan, keturunan dan harta, tetapi semua ini jan ganlah dijadikan matlamat utama dalam pemilihan. Din adalah matlamat dan pemilihan utama. Yang mempunyai din dan akhlak itu dikira cantik pada nilai Islam. Inilah jamal haqiqi, bukan jamal haiwani.

Al Imam Ahmad Ibn Hanbal r.a. semasa hendak berkahwin telah diberikan dua pilihan wanita. Seorang berwajah cantik tetapi ada kekurangan dari segi din dan akhlak. Yang seorang lagi mempunyai din dan akhlak tetapi cacat (kelabu) sebelah matanya. Maka Ahmad Ibn Hanbal memilih yang mempunyai din.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda yang bermaksud:

“Dunia ini semuanya dikira sebagai hiburan dan sebaik-baik hiburan ialah wanita yang soleh.”

Ini kerana wanita yang soleh akan mendatangkan kebahgiaan di dunia dan akhirat.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda yang bermaksud:

“Sebaik-baik wanita ialah yang mengembirakan kamu apabila kamu melihatnya dan mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan menja ga kehormatan serta harta kamu (suami) apabila kamu tiada bersa manya.”

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda lagi yang bermaksud:

“Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya semata-mata nescaya kemungkinan kecantikannya akan membinasakannya, dan jangan kamu mengahwini perempuan kerana hartanya nescaya kemung kinan hartanya menyebabkannya melampaui batas, tetapi kahwinilah perempuan kerana dinnya. Adalah seorang ammah yang berkulit hitam itu, tetapi mempunyai din, lebih baik bagi kamu.”

Demikian juga bagi saudari-saudari muslim, sepatutnya mereka tidak menerima bakal suami mereka melainkan daripada sohibul ‘aqidah, yang bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala. Suami yang solehlah yang akan membantunya untuk sama-sama ta’at kepada Allah Subhanahuwata’ala. Islam turut memberikan peluang kepada saudari-saudari muslim untuk menerima suami yang soleh. Sayyidah Khadijah menerima Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam di atas asas akhlak Rasulullah yang mulia.

Tidak selayaknya dalam Islam seseorang mengahwinkan anak-anak perempuan atau saudari-saudari perempuan dengan orang yang sema ta-mata sanggup membayar mas kahwin yang tinggi.Ataupun semata-mata kerana harta dan pangkat tanpa meletakkan keutamaan pada din dan akhlak yang mulia. Wanita itu bukanlah barang dagangan, tetapi wanita adalah amanah daripada Allah Subhanahuwata’ala. Apabila seseo rang memilih suami yang soleh untuk anak-anak perempuan atau saudari-saudari muslim, maka itu dikira sebagai kebaikan yang sempurna untuk si perempuan itu. Beginilah amalan para salafusso leh.

Sayyidina Umar Al Khattab R.A. pernah membayangkan untuk mengah winkan anak perempuannya yang bernama Hafsah dengan Sayyidina Othman, tetapi Sayyidina Othman meminta uzur. Kemudian dibayang kan pula kepada Sayyidina Abu Bakr, tetapi Sayyidina Abu Bakr berdiam diri sahaja. Selepas itu dia mengadu kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, maka baginda menjawab, “Boleh jadi Allah akan mengganti kan untuk anakmu dengan orang yang lebih baik.” Akhirnya Rasulul lah mengahwini Hafsah. Dan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam mengahwinkan pula puteri baginda yang bernama Ummi Kalthom dengan Sayyidina Othman (selepas kematian Ruqaiyah binti Rasulullah).

Kemudian, pada satu hari Sayyidina Abu Bakr berjumpa dengan Sayyi dina Umar. Berkata Sayyidina Abu Bakr, “Mungkin pada tempoh hari engkau terasa sesuatu kerana aku tidak berkata apa-apa semasa engkau membayangkan Hafsah kepadaku. Ini kerana aku mengetahui bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah menyebut nama Hafsah dan aku tidak mahu menyebarkan rahsia Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Tetapi sekiranya Rasulullah menolak Hafsah, InsyaAllah aku akan mengahwini Hafsah.”

Oleh itu jelaslah para sahabat memilih suami yang soleh untuk anak-anak mereka.

2. Sekufu (Al Kafaa-ah)

Yakni sepadan atau sesuai. Al Kafaa-ah yang diredhai oleh Islam ialah sekufu dalam din dan akhlak. Sekufu perlu itu dilihat pada din dan bukan pada yang lain.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa di kalangan kamu.”

(Al Hujurat : 13)

Apabila sekufu dari segi din itu wujud, maka terbatallah segala nilai sekufu yang lain. Tidak disyaratkan dalam Islam persamaan dari segi kedudukan duniawi, harta, pangkat dan kedudukan dalam masyarakat.

Dalam sirah para sahabat Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam berlaku perkahwinan antara seorang keturunan hamba dengan seorang keturunan Arab Quraisy yang dianggap mulia. Sepetimana Bilal (hamba keturunan Habsyi) dengan adik Abdul Rahman bin Auf (yang mulia dikalangan keturunan bangsawan Quraisy). Begitu juga perkahwinan antara Zaid bin Haritsah dengan Zainab bin Jahs (anak bapa saudara Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam).

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda yang bermaksud:

“Apabila datang orang meminang anak kamu, orang yang meminang itu kamu puas hati tentang din dan akhlaknya, maka benarkanlah (anakmu berkahwin dengannya). Sekiranya kamu tidak melakukan demikian maka kemungkinan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar.”

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sendiri mengahwinkan puterinya Fatimah dengan Sayyidina Ali, seorang yang miskin tetapi ada din dan akhlak. Inilah Kafaa-ah Addin. Kafaa-ah din tidak dapat ditebus oleh kafaa-ah yang lain. Jika hilang kafaa-ah din, maka ia tidak boleh ditebus oleh harta, keturunan, kecantikan dan sebagainya. Seba liknya, jika hilang kafaa-ah yang lain, maka kehilangan itu dapat ditebus oleh kafaa-ah din. Dalam sirah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, keturu nan kulit hitam dan miskin dapat ditebus oleh kafaa-ah din.

Said bin Musayyab, yang hidup di zaman salafussoleh (zaman tabi-in) telah juga menunjukkan contoh seperti apa yang dinyatakan di atas.

Pada satu ketika anak Said bin Musayyab dipinang oleh Abdul Malik Marwan (dari Bani Umaiyyah) untuk diberikan kepada anaknya yang bernama Al Walid bin Abdul Malik. Puteri Said bin Musaiyyab dikenali cantik dan kuat dinnya. Juga mendalam kefahamannya terhadap kitab Allah dan Assunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam Oleh kerana Said mendapati ada perkara yang tidak syar’i pada keluarga Abdul Malik Marwan, maka Said menolak pinangan itu. Abdul Malik marah lalu memerintahkan agar Said disebat 100 kali.

Selepas beberapa ketika Said pulang ke Madinah. Dia diziarahi oleh seorang muridnya yang bernama Abdullah bin Abi Wada’ah. Bila Abdullah sampai, maka Said bertanyakan khabar. Said mengetahui bahawa isteri Abdullah baru meninggal dunia. Said berkata kepada Abdullah, “Apakah kamu tidak mahu berkahwin lagi?”. Abdullah menjawab, “Semuga Allah merahmati kamu, siapalah yang ingin berkahwin dengan saya. Saya tidak mempunyai wang, melainkan dua dirham sahaja (atau tiga dirham - dalam riwayat yang lain)”. Kata Said, “Kalau demikian, aku kahwinkan anakku dengan engkau dengan maskahwin dua dirham (atau tiga dirham).”

Keutamaan Said Musaiyyab bukanlah kedudukan dan harta tetapi taqwa. Perkahwinan sebenarnya bukanlah bertujuan menjual anak.

Umar Ibn Al Khattab pula, ketika hendak memilih isteri untuk puteranya yang bernama ‘Aasim, dilihat pada keimanan dan ketaq waan yang terbukti pada seorang wanita anak seorang penjual susu.

Satu malam Sayyidina Umar keluar menyamar seperti orang biasa untuk melihat keadaan rakyatnya. Tiba-tiba dia terdengar satu suara dimana seorang ibu memaksa anak gadisnya supaya mencampur kan susu dengan air. Maka berkata anak gadis itu, “Tidakkah ibu tahu bahawa Khalifah Umar telah melarang perbuatan ini. Yang mana utusannya telah menyeru: Jangan kamu campurkan susu dengan air.” Siibu terus memaksa anak gadisnya dengan berkata, “Umar tidak nampak apa yang kamu lakukan.” Maka dengan serta merta gadis itu menjawab, “Walaupun Umar tidak nampak tetapi Tuhan Umar (iaitu Allah) Maha Mengetahui. Demi Allah saya tetap patuh kepada perin tahnya samada sewaktu terang atau sulit”.

Pada keesokan hari, Sayyidina Umar memanggil anaknya ‘Aasim dan memberitahunya bahawa di hujung kampung sana ada seorang gadis yang mukmin (bertaqwa). Kamu pergilah ke sana. Kalau dia tidak ada apa-apa kemasyghulan maka kamu kahwinilah dia. Mudah-mudahan Allah memberikan rezeki dan berkat kepada kamu.

Kebahagiaan Dalam Rumahtangga

Rumahtangga Islam telah banyak hilang kini. Banyak rumahtangga tidak mengecapi kebahagiaan hakiki (Assa’adah Al Haqiqiyyah). Kebahagian hakiki tidaklah akan tercapai dengan keindahan, ban guan rumah dan perabut-perabut tetapi sebenarnya datang dari jiwa yang bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala Allah-lah yang akan memberikan kebahagiaan. Kebahagiaan itu dirasakan dari dalam, bukan dari luar. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cende rung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”.

(Ar-Rum : 21)

Allah Subhanahuwata’ala menciptakan manusia maka Allah-lah yang memberikan perasaan kepada manusia. Kasih sayang dan rahmah adalah anugerah Allah Subhanahuwata’ala Kasih sayang dan rahmah tercetus dari jiwa yang yakin dn beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala

Mustafa Al Masyhur dalam Tariqudda’wah membawa rangkap pujangga Arab Islam yang bermaksud:

“Aku tidak nampak kebahagiaan itu terletak pada kerja-kerja meng himpunkan harta tetapi orang yang bertaqwa itulah yang merasai kebahagiaan sebenar”.

Setiap sesuatu ada asasnya. Asas keluarga Islam ialah taqwa. Taqwa itulah yang menjinakkan hati-hati suami isteri. Melembutkan tingkah laku, membersihkan jiwa, menyedarkan tanggungjawab kepada Allah Subhanahuwata’ala, memudahkan pengurusan, mencegah kejahatan dan mendorong kepada kebaikan. Kata-kata seorang pujangga yang lahir dari ruh Al Qur’an dan AsSunnah:

“Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dalam semua hal. Janganlah kamu menolak taqwa kerana mengutamakan keturunan semata-mata. Sesungguhnya Islam telah mengangkat darjat Salman Al Farisi, dan kekufuran telah menjatuhkan martabat Abu Lahab”.

Kata yang lain pula:

“Hendaklah kamu bekalkan diri kamu dengan taqwa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui, apabila datang waktu malam apakah kamu akan hidup sampai waktu fajar. Berapa banyak orang yang sihat tetapi menemui maut tanpa sebab. Berapa banyak orang yang sakit tetapi telah hidup dalam jangka waktu yang panjang. Berapa banyak pemuda, samada petang atau pagi, ketawa riang sedangkan kain kapannya sedang ditenun tanpa diketahuinya”.

Jika terdapat taqwa pada kedua-dua pasangan hidup lelaki dan perempuan, maka itu faktor terbesar untuk melahirkan suasana mesra, kasih dan kerukunan yang sebenarnya. Allah-lah yang mem­berikan kasih sayang dan menjinakkan hati-hati mereka. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“... dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beri man). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

(An Anfal : 63)

Kasih sayang dan rahmah bukan ciptaan manusia. Bukan juga perkara yang boleh dibuat-buat tetapi ia adalah anugerah Allah Subhanahuwata’ala Peristiwa Puak Aus dan Puak Khazraj yang pada asalnya bergaduh, tetapi bersaudara dan jinak setelah menerima Islam membuktikan kebenaran ayat-ayat Allah Subhanahuwata’ala Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah, dan janganlah ka mu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menji nakkan antara hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”.

(Ali Imran : 103)

Jelaslah, Allah-lah yang berkuasa ke atas hati-hati manusia. Dengan ketaqwaan kepadanya, hati yang keras menjadi lembut dan hati yang menderita akan merasai bahagia.

Bagi wali-wali dan penjaga-penjaga anak perempuan, hendaklah mereka mengutamakan apa yang diutamakan oleh Allah Subhanahuwata’ala Jangan lah nilai iman dan taqwa diketepikan. Orang-orang yang bertaqwa kepada Allah tidak pernah kekeringan kemuliaannya dalam din. Pangkat di sisi Allah semakin bertambah dengan bertambahnya taqwa dan ketaatan kepada-Nya. Allah menjanjikan kehidupan yang baik pula untuk mereka. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahu pun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”.

(An Nahl : 97)

Dalam menafsirkan ayat di atas, Sayyid Qutb menyatakan:

“Amalan soleh itu semestinya mempunyai asas yang asli untuk amalan yang soleh itu bertambah. Asas itu ialah iman kepada Allah Subhanahuwata’ala (Al ImanubiLlah)”.

Selain daripada asas iman, maka amalan tidak boleh berdiri dengan betul. Bahkan menjadi sia-sia seperti debu yang berterbangan di udara.

Kata Sayyid Qutb lagi:

“Amalan soleh yang tegak di atas dasar ini, balasannya ialah kehidupan yang toyyib”.

Kehidupan yang toyyib bukan semestinya menjadi jutawan.

Harta benda dalam rumahtangga bukanlah matlamat tetapi sekadar keperluan. Yang memberikan kebahagiaan kepada jiwa ialah perhu bungan dengan Allah Subhanahuwata’ala Jiwa yang kaya, meski pun ketiadaan harta yang banyak. Redha dengan Allah dan berpuas hati dengan Allah Subhanahuwata’ala

Hayyatan Toyyibah

“Hayyatan Toyyibah” adalah kurniaan Allah Subhanahuwata’ala Taqwa kepada Allah membuka jalan ke arahnya. Juga taqwa kepada Allah membuka jalan terhadap rezeki yang tidak disangka-sangka.

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah bersabda:

“Sesungguhnya saya mengetahui satu ayat kalau sekiranya manusia sudah mengetahui, maka sudah memadai (mengambil dan menghayati nya), iaitu ayat (Attholaq : 2,3):

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disang ka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah mecukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu).”

Harapan Yang Tinggi

Apakah yang kita inginkan atau harapkan daripada pembentukan baitul muslim?

Kita inginkan lahirnya zuriat yang soleh. Lahirnya generasi yang mewarisi pusaka Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam Firman Allah Subhanahuwata’ala yang ber maksud:

“Dan orang-orang yang berkata: Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai peny nang hati (kami), dan jadikanlah kami Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”.

(Al Furqan : 74)

Kita ingin melihat rumahtangga muslim dimana berlaku di dalamnya perlaksanaan ajaran Islam dan hukum-hukum Allah. Suami muslim bertanggungjawab terhadap keluarga, membuat persediaan-persediaan, memelihara adab-adab Islam dan memberikan kefahaman Islam kepada orang-orang dibawah jagaannya.

Kita ingin melihat isteri yang soleh menjadikan rumahtangga seperti taman yang memberikan ketenangan kepada suami dan menjadi pembantu suami yang ta’at kepada Allah.

Kita ingin melihat ibu-ibu muslimah lagi solehah menjaga anak-anak atas landasan syara’ kerana ibulah sekolah yang pertama bagi anak-anak. Musuh-musuh Islam telah melakukan berbagai-bagai cara dan program untuk merosakkan wanita-wanita Islam. Bila wanita-wanita Islam rosak, tidak lahirkan ibu-ibu yang solehah dan seterusnya tidak lahirlah zuri’at yang soleh, dan seterusnya lagi tidak lahirlah generasi yang soleh. Hakikat ini telah pun berlaku dalam masyarakat kita.

Kita ingin melihat anak-anak muslim dan putera-puteri muslim yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala Menjaga hak-ahak ibu bapa. Bergaul dengan rakan-rakan mereka dengan adab-adab Islam.

Kita ingin melihat rumahtangga muslim yang menjadi contoh yang baik dengan sifat-sifat Islam dan jauh daripada sifat-sifat jahiliyah.